Saturday, 2 March 2013

Muhasabah diri dalam pergaulan harian kita..

Dalam kehidupan seharian..kita tak dapat lari dari menghadapi orang yang pelbagai jenis perangai atau sikap atau senang nak faham dengan perkataan attitude...Ada manusia yang sentiasa memandang negatif dengan apa yang ingin kita sampaikan walaupun ianya positif... ada juga manusia yang sentiasa inginkan dia saja yang menang dan betul dalam semua perkara, ada manusia yang suka beralah, ada manusia yang sentiasa positif... 
Cara terbaik untuk tentukan kita berada dalam kelompok mana adalah dengan muhasabah diri sendiri..atau bertanyakan rakan baik kita secara ikhlas..apa kekurangan dalam diri kita yang perlu diperbaiki untuk improvement. Hidup kita ini terlalu singkat untuk berseteru dengan orang lain...apatah lagi untuk bergaduh dalam hal yang remeh temeh dalam facebook. 
Jom kita fikirkan perkara positif yang boleh membawa perubahan bukan saja pada diri kita..tetapi juga orang-orang di sekeliling kita terutamanya kaum keluarga dan sahabat handai.
mohdizzmir.is@facebook.com 
 

No comments:

Post a Comment